Quantcast
Channel: not so lady...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 235

+ roadshow fear factor +

$
0
0
aloha,

tengahari tadi lepas amik Danny kelas violin, terus pegi keje kawin kat Dataran MBJB.. Fida a.k.a minah lilit2 yang kawin.. lepas makan terus balik.. masa on the way balik tu, Alam Wakaka call.. dia tanya boys nak buat show tak kat Angsana sempena Roadshow Fear Factor Selebriti Malaysia.. then aku terus cakap nak.. terus berdesup balik umah and suruh boys bersiap.. call Farid, Haziq n Iqhwan suruh diorang pergi Angsana terus..

sampai je kat Angsana, huihhh panas betul laa cuaca.. kebetulan pulak khemah Fear Factor kat tengah2 parking lot.. perghh, panas terik tak ingat.. terus bawak boys masuk bawah khemah.. lepas setting lagu, boys naik pentas utk perform dgn Alam..

 Alam sengaja kenakan boys.. interview sorang2.. hehehe..

 boys perform with Alam.. masa ni Iqhwan belum sampai.. so, menari berlima je laa.. Iqhwan kena gastrik so dia pergi klinik.. nasib baik utk lagu kedua dia sempat datang..

 boys kat khemah Fear Factor.. Iqhwan muka sakit.. hahaha..

 harus laa manager ada disitu kan.. haha.. motif ko Danny buat posse SECRETS?? hehe.. sshhhh..

 dah habis perform, Alam ajak boys pegi makan.. terus masuk Angsana n makan Pizza Hut..

 having a good time together..
-
-
kitorang gerak balik dari Angsana dalam pukul 6petang.. terus balik rumah n berehat.. then Alam suruh datang Angsana semula pada sebelah malamnya sebab selebriti perlu beramah mesra dengan peminat sambil tengok Fear Factor kat white screen besar kat tengah2 parking lot Angsana.. pukul 8.30malam, kitorang pergi semula kat sana.. sampai2 je dah ramai orang berkumpul.. boys kena serbu dengan fans.. sampaikan boys penat melayan fans nak ambik gambar dengan diorang.. hehe, tu laa.. nak jadi artis sangat.. padan muka!!

 with Pak Nil..

 with Alam and errrr, siapa nama partner Alam dlm Fear Factor hah? lupe laa.. hehehe..

 ehem2, nak jugak posse muka aku kat situ.. hahaha..

 peminat cilik Gemersik Tari.. comelll..

manager GT posse dengan Jacinda tapi tak perasan pulak tetiba Alam menyelit kat belakang tu.. boys pun menyibuk jugak nak selit.. haishhh, lempang kang haa..
-
-
-
gerak balik dari Angsana dah dekat pukul 11malam.. sebelum balik bawak boys makan chicken chop dulu kat BBU then baru balik rumah.. boys terbongkang kepenatan.. hehe..

adios!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 235

Trending Articles