aloha,
haa, ni cerita minggu lepas punya sebenarnya.. kalo tak silap hari khamis minggu lepas.. jap jap nak tengok tarikh kat kalendar jap.. owhh, 9hb punya.. betul laa khamis minggu lepas.. tapi baru harini nak update.. hikhik.. tatau laa apsal sekarang ni malas bebenor nak mengupdate blog nih.. haihh..
ok2 ni nak start cerita nih.. kalo nak baca, baca laa.. kalo taknak, sudah.. haha.. ok, khamis minggu lepas sekolah Danny buat Temasya Sukan.. kalo dulu2 sebut Hari Sukan jek.. sekarang nih bukan main lagik kan bertemasya temasya bagai.. majlis start pukul 8 pagi tapi aku bangun pukul 7.30pg.. so, terlambat laa sikit pegi.. bila dah sampai kat sekolah, tak sempat nak tengok lintas hormat pembawa bendera..
tu Danny.. tahun ni dia n the gang diberi tugas untuk jadi pembawa bendera dan menaikkan bendera Temasya Sukan sekolah..
hubby pulak jadi VIP untuk lintas hormat perbarisan.. tu hubby yang pakai topi kaler oren tuh..
tu peserta2 perbarisan mengikut rumah masing-masing..
persembahan senam tari..
persembahan taekwando.. diorg sngt comel okeh..
ni antara piala2 untuk temasya sukan nih..
ni piala pusingan..
harus laa hamper kena ada kan..
tu Danny dah lari dah.. nampak?
haa, kuat okeh dia lari.. err, macam tak match je pakai baju hijau dgn seluar biru.. hehe..
yeayy, menang.. tapi tempat ketiga jek untuk acara 4X100meter.. kira ok laa kan..
ni geng2 4X100meter.. hoyehh..
congrats semua..
-
-
lepas tu tiba acara untuk guru dan ibubapa.. main bowling kelapa..
tu hubby tapi tak kena satu pun.. haha..
nampak tak gaya seorang juara disitu? hahaha.. erkk, gemuknya aku.. haihh..
Danny dapat medal lagi.. untuk acara 4X200meter.. gambar masa dia lari aku tak sempat nak snapp.. heh..
yeayy, aku dapat naib johan.. kebetulan pulak masa tu hubby yang kasi hadiah.. hakhak.. kelako jek..
Danny tengah lipat bendera temasya..
standby untuk majlis penutup..
disebabkan tak sempat nak ambik gambar Danny kat sekolah sebab dia sibuk kehulu kehilir, makanya kat rumah je laa snap.. hihi..
jadi laa dapat 2 medal tahun ni.. kenangan untuk sekolah rendah..
ehem2, ni piala aku.. hehe..
owhh, terjumpa Shamin.. serius dia makin gemuks.. hmm..
melayan budak berdua ni kat bawah khemah..
-
-
temasya sukan tu habis dalam pukul 1.30ptg.. huihh, tengah panas terik okeh.. tak tahan aku..
adios!