↧
+ boys in flight +
↧
+ jadual pack! +
aloha,
hmm, boys sampai malam ni.. yeayy!! tapi walaupun sampai malam nanti, korang ingat diorang ada masa untul rehat ke? takde okeh.. esok pukul 2 ada meeting dengan jurulatih2 Yayasan Warisan Johor.. diorang kena jumpa semua jurulatih tu untuk tetapkan special class untuk diorang every week.. then hujung bulan kena pegi roadshow Astro Fiesta pulak.. kalau tak silap ke Pulau Pinang pada 29 & 30 Jun ni.. haihh.. jadual diorang pack okeh.. jangan cakap diorang je yang penat.. dengan den skali ni haa penat..
adios!
↧
↧
+ kilang cheese tart +
aloha,
haritu bawak boys pegi umah my BIL.. kebetulan dia tengah buat cheese tart.. haa, ape lagi.. terus bersnapp snapp laa kat sana kan..
boys menyibuk kat meja cheese tart tu..
the boys..
kalo ade nak order sila call nombor tu okeh..
menyibuk lagi diorg ni.. haihh..
cheese tart yg dah siap diisik jem..
boys kagum tengok my SIL letak cheese tu.. hehe..
masing2 jakun dah..
possing lagik..
my BIL tengah lukis 'smile' kat atas cheese tart tu..
smile..
tetap jugak nak possing time orang tengah sibuk buat kuih..
happy dapat bawak balik sorang satu..
-
-
ok, tu je nak citer.. bye!
adios!
↧
+ icon kanak-kanak YWJ +
aloha,
pagi semalam kena bawak boys pergi Yayasan Warisan Johor.. untuk pengetahuan korang, Pengarah YWJ dah ambik boys untuk jadi "IKON KANAK-KANAK YWJ" tau.. lagi banyak laa keje lepas ni.. so, pegi semalam ada perjumpaan bersama jurulatih2 YWJ.. banyak perkara perlu dibincangkan..
sanggup berhentikan kereta tengah2 jalan semata2 nak suruh boys posse kat situ.. haha..
ikon baru Yayasan Warisan Johor.. congrats boys!
bersedia untuk meeting bersama jurulatih2..
dah habis meeting dah masa ni.. dah nak balik.. nampak tak muka happy sorang2 tu? hehe..
posse masih lagi mengekalkan warisan Johor iaitu ZAPIN..
-
-
alhamdulillah, meeting berjalan dengan lancar.. kami happy dan pihak YWJ pun happy.. terima kasih tak terhingga kepada Tuan Pengarah YWJ dan juga jurulatih2 YWJ..
adios!
↧
+ operation tangan +
aloha,
petang rabu tu ingatkan nak balik Kuantan jap coz hubby ada kerja.. boys semua nak ikut.. so, kitorang dah siap packing barang2 masuk beg.. then ingatkan nak singgah klinik jap coz nak mintak ubat untuk tangan Danny..
tangan dia bengkak lepas balik dari shooting.. maybe masuk selumbar or duri masa shooting tu.. almaklum laa shooting dalam ladang getah kan.. kulit dia dah laa sensitif skit..
masuk je bilik doktor, n doktor belek2 tangan Danny then dia cakap kena operation sikit coz dia nak tengok ada apa kat dalam yang bengkak tu.. hoho, masa ni muka Danny dah pucat dah.. merengek2 cakap tak payah laa ape laa.. dia siap cakap kat doktor tu, "tak payah laa belah.. sikit je ni.." hahaha.. doktor tu buat tak dengar je dia cakap pastu terus siapkan barang2 utk operation..
muka dia dah pucat dah bila doc ckp nak belah tangan dia.. hihi..
tangan Danny sebelum kena belah..
masa doktor pegang tangan dia, okay lagi..
dia dah sengih bila doktor pegang jarum nak bius tangan dia..
bila doktor cucuk, dia dah jerit sikit dah..
jerit sikit lagi..
pastu terus nangis.. muahahaha..
teresak esak cakap, "sakitttt".. hihihi..
masa ni dia dah menangis kuat dah.. high pitch lagi.. hikhik..
nurse tu sampai kena pegang tangan dia sebab dia asyik tarik2 tangan dia tu..
bila dah makin kuat meraung, aku kena laa pegi pujuk kan.. ni hubby tolong amik gambar.. hehe..
doktor tu belah, korek n tekan bengkak tu..
aku yang tengok tu pun ngeri okeh.. nasib baik tak pengsan.. Danny dah melalak macam ape dah masa ni.. haihhh..
dah siap dah.. doktor tengah cuci kesan darah pada tangan dia..
muka budak baru lepas operation.. hikhik..
-
-
then doktor suruh balik rehat.. hubby pun decide tak jadi laa ke Kuantan coz fikirkan condition Danny.. lagipun tetiba pulak hujan turun selebatnya.. kitorang fikir jugak, dah laa perjalanan jauh.. bawak anak orang pulak tu.. then terus hubby pusing balik umah..
boys dah frust dah tak dapat gi jalan kat Kuantan.. hihihi.. sampai umah, Danny terus tido.. penat agaknya melalak tadi.. hikhik..
muka baru bangun tido..
posse sambil tunjuk tangan dia tu..
haa, ni laa rupa bentuknya.. still bengkak lagi tapi harap2 cepat laa baik coz next week dia ada exam violin.. kalo tangan sakit cenggitu macamana nak gesek violin? haihh..
hadiah untuk orang sakit.. kena pi bawak makan SNOGURT..
-
-
tapi nasib baik laa SNOGURT tu Zain yang belanja.. ntah ape mimpi dia nak belanja kitorang ntah.. owhh, lupe pulak.. kan dah ada gaji ribu2 sekarang ni.. payment untuk shooting dah dapat.. tu yang belanja sakan masing2.. hehe..
adios!
↧
↧
+ little red cube +
aloha,
tengahari tadi masing2 bosan duduk kat rumah.. then, hubby bawak diorang pusing2 kat area Legoland.. tapi tak laa singgah kan.. tak kuasa aku panas2 camtu nak pegi kan.. boys pun tak excited nak pegi Legoland.. dalam kepala dah set nak pegi USS je tuh.. hehe..
then hubby pusing ke arah Puteri Harbour.. then baru teringat ada satu building baru kat situ.. namanya LITTLE RED CUBE.. kitorang tak pernah pegi pun.. then tadi tergerak laa hati nak pegi jenguk ada apa kat sana..
first posse from boys.. ;-)
Lat's Place..
The Carnival..
depan kedai cenderamata..
pentas utama Red Cube..
Hello Kitty Town..
ape nama karektor ni hah? tatau aa.. tapi jumpa maskot tu tadi..
Lat's drawing..
dah nak balik dah..
-
-
Little Red Cube tu nama banggunan tu.. kat situ ada macam2 karektor kartun.. setiap satu kartun tu ada theme park dia tersendiri.. tapi kena bayar tiket laa kalo nak masuk.. alaa, macam Kidzania tu laa.. tapi bezanya Kidzania tu sekali bayar je semua boleh main.. tapi kat sini kena bayar ikut theme park mana yang nak masuk.. ada Hello Kitty, Thomas n Friends, Bob The Builder, Pingu.. haa, macam2 laa.. kalo nak tahu kena laa pegi sendiri.. hehe..
adios!
↧
+ surprise for Airisha +
aloha,
malam semalam kitorang dapat invitation untuk besday fans GT.. si Hawa Aisyah yang menjadi dalangnya.. kalo orang lain, aku pikir jugak nak pegi ke taknak.. tapi disebabkan dah rapat dengan Hawa, aku pun fikir why not pegi je kan.. lagipun boleh seprisekan si Airisha tu.. Airisha tu sedara dengan Hawa..
kitorang sampai dah dekat pukul 9malam macam tu laa.. ramai jugak yang datang.. masa kitorang jalan nak menghala ke rumah tu, si Hawa dah bawak Airisha keluar sambil tutup mata.. then bila boys betul2 sampai kat depan dia, baru laa bukak mata then boys jerit, "SURPRISE!!!".. tersengih2 si Airisha bila nampak Gemersik Tari datang.. artis datang besday tuh.. hebat wooo.. hikhik..
teman birthday girl potong kek..
jangan cakap birthday girl je kena cream kek, sekali dengan boys pun kena jugak.. haha..
berkumpul untuk main games..
habis baju kena tepung..
semua muka dah macam ape dah.. penuh baju dengan tepung.. hehe..
dah alang2 datang, harus laa kena request menari kan.. 3 lagu jugak boys menari semalam.. hehe..
Hilal with birthday girl..
Zain with birthday girl..
Iqhwan with birthday girl.. sepadan jek tengok diorang ni.. haha..
Danny with birthday girl..
boys bersama Hawa Aisyah..
-
-
kitorang gerak balik dalam pukul 11 lebih macam tu laa.. boys having fun last night.. balik rumah semua dah terbongkang kepenatan.. hehe.. apepun HAPPY BIRTHDAY AIRISHA.. tahun depan jemput kitorang lagi..
adios!
↧
+ macam2 nak kena pikir +
aloha,
mata dah ngantuk ni sebenarnya tapi tak boleh tido.. dalam kepala banyak benda nak kena pikir.. pasal orang tak bayar hutang laa, pasal exam violin laa, pasal baju bertema laa, pasal besday Danny laa, pasal shooting filem laa, pasal roadshow satu Malaysia laa.. haa, banyak kan nak kena pikir? aduiii, pening kepala aku nih..
first, pasal orang tak bayar hutang.. tu memang mangkuk ayun laa kan.. memang nak kena carut depan muka baru nak bayar agaknya.. kalau duit aku, tak laa aku kisah sangat.. ni duit payment boys pulak tu.. kot ye pun miskin sangat, tak payah laa nak makan duit budak2.. ko tu dah laa tua.. tak insaf2 lagi.. pegi masjid buat amal ibadat lagi bagus daripada ko nak menyibuk dalam dunia seni yang tak berapa sesuai untuk umur macam kau!!
kedua, pasal Danny nak exam violin gred 5 hari Rabu ni.. baju, kasut n tie dah siap beli.. tinggal seluar je lagi.. takde masa okeh nak bawak dia pegi beli.. dia pulak busy asyik kelas tambahan jek.. tengok laa esok bawak dia pegi beli kejap..
ketiga, pasal baju bertema.. baru dapat tahu petang tadi function tu ada tema pulak dah.. dah laa masa dah suntuk.. mana aku nak cari baju nak siapkan boys 4 orang tuh.. adoyaiii.. aku dah prepare baju lain sebenarnya untuk diorang.. tup tup kena pakai bertema pulak dah.. masalahnya budak2 sekolah.. bila masanya aku nak bawak diorang pi beli baju tuh.. haihh..
keempat pasal birthday Danny.. 19hb ni.. hari rabu pulak tu.. adehh, macamana nak celebrate nih.. Danny nak buat party tapi masalahnya hari tu hari bersekolah.. dah laa tengah2 minggu.. barang2 untuk goodies belum beli lagi.. haihhh.. pening laa kepala aku nih..
kelima pasal shooting filem GBSB.. dapat tawaran tapi macam tak berminat nak terima sebab kontrak dengan ASTRO belum habis lagi.. takkan nak terima tawaran lain pulak kan.. kang kalo kena saman kang, sape nak bayar? tapi filem tu.. salah seorang boys dapat watak utama pulak tu.. haihh, macamana nih.. kusut kusut..
keenam pasal roadshow pusing Malaysia.. start hujung bulan ni.. kalau dah namanya roadshow harus laa keliling negeri kan.. ada kena ke Penang, Terengganu, Pahang.. pun ada masalah yang sama jugak.. nak terima ke taknak.. ada satu jadual tu ngam2 kena time nak dekat UPSR.. dah laa masa tu time dekat Terengganu pulak tu.. haihh, Danny dah laa banyak tertinggal study dia.. macamana ni ek..
haa, tu baru masalah untuk bulan ni je.. belum campur untuk bulan2 lain lagi tu.. nak pecah otak aku ni pikir.. adehh.. confirm kena carik assistant lepas nih..
adios!
↧
+ exam violin grade 5 +
aloha,
hari rabu lepas, Danny ada exam violin.. grade 5 okehh.. kali ni exam diorang buat kat Hotel Mutiara, Johor Bahru.. nasib baik Danny kena exam pukul 4 petang.. so, takyah laa ponteng sekolah..
dah nak keluar rumah.. ape2 pun kena laa posse dulu..
lobby hotel..
dalam lif naik tingkat 10..
dalam bilik menunggu.. yg baju hijau tu anak kepada cikgu violin Danny.. dia kasi tips untuk Danny..
muka cuak.. haha..
dah start nervous dah masa ni..
abang long bagi semangat kat Danny..
harus laa ada abang2 Danny nih kan.. pembakar semangat laa kononnya.. hehe..
senyum paksa.. dalam hati dah dup dap dup dap dah tu..
mummy pun nak jugak snapp.. hehe..
masa ni Danny dah masuk bilik exam.. ni lagu exam yang dia kena mainkan..
dah habis exam dah.. tu cikgu violin Danny.. dia tanya Danny apa yang berlaku dalam bilik exam..
kemas barang-barang dah nak balik..
muka senyum dah lepas exam..
kat lobby hotel sebelum balik..
ni pun kat lobby hotel jugak..
snapp sebelum gerak balik..
kat luar hotel..
habis je exam, bawak Danny pegi Jusco.. rewards yang dia mintak ialah cermin mata tu haa.. haihh..
-
-
result exam lagi 2 bulan.. tak tahu lah lulus ke tak.. tapi yang pasti grade 5 ni susah giler woo.. kalo dia lepas, memang terer laa..
adios!
↧
↧
+ sentral hotel +
aloha,
pagi semalam dapat jemputan untuk breakfast kat Hotel Sentral Johor Bahru.. bawak boys sekali.. lepas breakfast, pihak hotel bagitahu ada kereta antik Tuanku kat parking hotel.. boys dengar je macam tu, ape lagi.. makan cepat2 then terus pergi tengok kereta antik tu..
kalau orang Johor ni, memang semua tahu yang Tuanku memang suka kumpul kereta.. macam-macam jenis kereta ada.. tapi yang ada kat hotel semalam 4 jek.. kereta yang memang antik laa.. boys jakun tengok kereta2 tu.. hihi..
kereta ni awesome!!
kereta ni pun sama awesome!
kereta ni paling antik.. nak start kena pusing kat depan..
kalau tak silap ni Chevrolet kot..
turn Danny pulak bergaya..
Danny lagi..
pun Danny jugak..
Danny with awesome car!!
my lovely boys.. jgn sesiapa berani ambik diorg dari aku eh!!!
thanks to Hotel Sentral, Johor Bahru..
lepak jap kat tangga hotel..
boleh pulak susun possing macam tu kan.. kiut jek.. hihi..
-
-
-
lepas gerak dari hotel tu, kitorang pegi Aeon Tebrau City.. saja jalan-jalan sambil nak buang masa.. then dalam pukul 3ptg, balik umah coz boys kena bersiap nak pergi Anugerah Blockbuster pulak..
adios!
↧
+ Anugerah Blockbuster 2 +
aloha,
semalam kan ada Anugerah Blockbuster 2 kan? so, boys dapat jemputan pergi sana.. actually kitorang dah tahu lama dah n baju pun dah prepare siap2 dah.. kononnya nak pakai one sut formal laa.. tup tup orang Astro cakap, pakaian bertema.. dan tahun ni temanya "HIPSTER"..
ahh, sudahh.. ape benda pulak tuh? dah satu keje pulak aku ni dok meng'google' carik.. bila dah dapat maklumat yang dicarik, tibalah masa untuk membeli baju2 tuh.. pening jugak nak mix n match untuk boys.. konon taknak laa beli banyak2, nak pakai je baju ape yang ada..
nasib baik laa seluar n baju semua ada masing2 punya n seakan-akan sama.. so jimat takyah beli.. cuma beli kasut n bow tie jek.. bila barang dah siap, harus laa kena fitting n posse kan? memalam buta boys posse pakai full dressed..
posse..
posse lagi..
dan lagi..
dan lagi..
dan lagi.. hmm..
last posse.. ok, dah penat tengok diorang posse macam2 pesen.. hehe..
-
-
-
so, masa yang ditunggu sudah tiba.. pukul 5ptg aku dah suruh diorang bersiap.. nak tunggu sorang2 mandi laa, nak stylishkan rambut lagi, nak make up lagi.. jenuh nak siapkan 4org tuh.. function start pukul 8.30mlm, so diorang kena pergi awal laa.. coz semua artis2 kena berkumpul untuk "Karpet Blockbuster".. diorang keluar rumah pukul 6.30ptg..
sebelum keluar pagar, harus laa kena snapp dulu kan.. hensem2 kan?
dah masuk dalam kereta dah.. masing2 muka excited.. hihihi..
ready to go..
ni pass untuk parking.. so, boleh parking depan stadium.. kalo takde pass ni, korang kena laa parking jauh2 n menapak sampai berpeluh ketiak okeh.. haha..
kat "karpet Blockbuster".. dapat sugar candy dari WeChat team..
bersama Production Manager.. Mr. Izuan Mokhtar..
dapat ambik gambar dengan Zizan okehh.. awesome!!!
Stacy in da house!!
with Director 'Hantu Kapcai'.. Mr. Ghaz Abu Bakar.. menang besar semalam.. congrats!!
-
-
sampai umah pukul 4 pagi.. huh!
adios!
↧
+ happy birthday DANNY +
aloha,
HAPPY BIRTHDAY AQMAL DANIEL!!
punya laa aku dok pikir ape laa nak buat seprise kat bujang sorang nih.. dah laa besday dia tengah-tengah minggu.. tengah bulan pulak tu.. kalo nak buat party pun, sape yang nak datang? kena pulak hari Rabu.. balik sekolah pukul 4petang.. kalo nak buat majlis malam, esoknya sekolah pulak.. kang bising pulak parents kawan2 dia kang..
so, selasa malam tu kebetulan Danny ada tuisyen.. lepas hantar dia pegi tuisyen, terus pickup Zain n Hilal.. pegi cari kek then balik rumah.. sorok kek dalam peti ais.. Zain n Hilal pun menyorok jugak dalam bilik.. konon2 nak seprisekan Danny pukul 12tengah malam..
Danny balik tuisyen pukul 10malam.. aku n hubby keluar untuk pickup Danny.. Zain n Hilal dah menyorok diam2 dalam bilik.. balik rumah, Danny terus masuk bilik dia.. kemas buku n terus tido.. lepas je Danny tido, kitorang semua prepare tunggu pukul 12malam nak kejut Danny..
disebabkan kek ni tadi disorokkan kat dalam peti sejuk kat tempat ais, so kena keluarkan lama sikit sebab kek ni dah jadi beku.. haha..
dah standby pasang lilin n tunggu besday boys turun..
-
-
Zain n Hilal menyorok kat tepi dinding.. aku naik atas n kejut Danny bangun tido.. terpisat-pisat bujang tu bangun.. mesti dia ingat aku kejut dia untuk pegi sekolah.. then aku cakap, jangan mandi lagi.. turun bawah jap.. dia pun ikut aku turun bawah.. then tetiba Zain n Hilal nyanyi lagu "Happy Birthday" masa Danny turun tangga.. terkelip-kelip mata dia.. hahaha.. serius kelako muka dia masa tu..
tengok muka besday boy mengantuk tu.. haha..
lama jugak ambik masa nak pulihkan mamai Danny.. akhirnya dapat laa senyum macam tu.. hehe..
aiseyy, lupa nak rotate gambar ni.. ni masa potong kek..
masa ni Zain nak suapkan dia kek.. malu2 pulak.. hihi..
turn Hilal pulak suapkan buah ceri..
ngappp..
tengok je laa aksi budak bertiga ni makan kek tengah2 malam buta.. hihi..
dan lagi aksi2 melampau sambil makan kek..
terkial-kial nak habiskan kek sepotong tu.. dah malam2 buta kot kena makan.. hehe..
-
-
-
-
esoknya, seperti biasa harus laa ada sesi menghantar goodies bag ke sekolah Danny kan.. memang tiap2 tahun pun aku akan buat goodies bag then hantar untuk budak2 kelas Danny.. kali ni aku tempah cupcakes pelangi.. awesome okeh!!
cupcakes kaler purple.. keler faberet Qilah.. hehe..
kedai kek tu siap buat sticker lagi letak kat situ.. nice!
goodies bag buatan sendiri..
awesome kan aku buat? i kreatif okehh.. sticker tu aku gi tempah kat Leisure Mall..
masa aku sampai kat sekolah Danny, budak2 tengah rehat untuk solat Zohor.. so, masing2 ramai kat surau.. Danny n the gang dah siap dah tunggu aku sampai dalam kelas..
tak nyempat tunggu yang lain2.. diorang dah ngapp dulu.. cehh..
Danny ngan bff dia..
↧
+ jerebu +
aloha,
last week JB dilanda jerebu.. jerebu? kat JB? yes!!! tetiba jek kan tengah bawak kereta tetiba rasa macam pandangan kabur.. masa first day tu, aku tanya kat hubby.. "yang, tebalnya asap kat sana. mesti ada rumah terbakar kan?".. hahaha.. serius tak tahu apa yang berlaku..
hari kedua barulah tahu.. haihh, mula laa masing2 sibuk gi farmasi beli topeng.. bukan topeng Ironman ye.. topeng yang tutup hidung ngan mulut tu haa.. rimas tau tak pakai benda alah tu.. tolong laa orang2 Indon, jangan laa ko bakar sana bakar sini lagi.. korang yang sibuk bakar2, kitorang yang kat Malaysia ni yang kena tanggung tau!!
serius takut giler masa tu.. nak kuar rumah pun tak boleh.. mata pedih woo.. tapi seronok jugak time jerebu nih.. nak tahu ape yang seronok? aku seronok tengok semua orang pakai topeng tu.. rasa macam best jek bila pakai topeng beramai2.. melayu, cina, india, semua pakai.. kalau tak pakai, rasa macam terpinggir pulak.. haha..
adios!
↧
↧
+ hari bicara akademik +
aloha,
hari Jumaat lepas, sekolah Danny ada buat Hari Bicara Akademik.. alaa, kalo dulu2 panggil ambik report card laa.. sekarang ni bukan main canggih lagi namanya kan..
Danny dan kawan-kawannya..
jerebu.. semua kena pakai mask..
tengah tunggu turn..
budak2 kelas Danny..
dalam kereta pun kena pakai mask..
jerebu still tak hilang lagi..
indeks masih lagi tinggi..
Danny merenung keluar jendela..
-
-
cepat laa hilang wahai jerebu.. pleaseeeee..
adios!
↧
+ menantu-menantu pilihan +
↧
+ mesyuarat agung sekolah agama +
aloha,
petang semalam kat sekolah agama Danny ada buat mesyuarat agung.. mulanya aku macam malas nak pegi.. tapi dengan secara tak sengaja, boleh 'ter'iron pulak baju kurung.. pastu boleh 'ter'pakai pulak.. pastu boleh 'ter'bersiap bagai.. hahaha.. motif sebenar bukannya nak sangat pegi dengar mesyuarat agung tuh.. motifnya lain.. tapi takleh laa citer kat sini.. maluuu.. hahahaha..
backdrop pentas.. tu yang baju hijau tu hubby..
barisan orang2 kuat sekolah agama.. hubby and the gang.. hehe..
jangan terkejut tengok kerusi2 tu kosong ye.. memang dah jadi lumrah, time sekolah agama buat mesyuarat je mesti parents tak datang.. time sekolah kebangsaan buat, tahu pulak berderu-deru datang.. haihhh, tak paham betul laa..
ehemm, tuan empunya blog pun nak posse jugak okeh.. tetiba menyibuk je bujang 2 orang nih menyelit.. haihh..
buku mesyuarat.. yang biru tu untuk cabutan nombor bertuah..
banner ni digantung kat luar pagar sekolah.. Danny dengan gigihnya berlari keluar pagar semata-mata nak snapp benda alah ni.. haha..
aku kasi pegang hp aku suruh snapp gambar2 masa mesyuarat tu.. diorang boleh penuhkan hp aku, snapp gambar diorang berdua.. hangin okehh.. sudahnya yang lain semua aku delete.. memenuhkan hp aku jek.. hehe..
antara hamper2 untuk cabutan bertuah.. *suke suke..
persembahan nasyid.. biasanya kalau tahun2 lepas, Danny yang lead nasyid ni.. tapi tahun ni, disebabkan Danny pegi sekolah sebulan sekali je, maka tempat dia diganti oleh budak lain.. heh..
masa ni hubby ambik sijil AJK.. tapi tak sempat snapp.. laju bebenor jalannya.. haihh..
itu dia Encik Hashim kitaaa.. sibuk sungguhhh..
taraaa, hasil tangkapan hari ini..
-
-
motif ke mesyuarat sudah terlaksana.. dapat hamper cabutan bertuah.. yeayyy.. aku suke.. aku suke.. memang dah agak dah aku ni "lucky" orangnya.. at least setiap kali ada cabutan bertuah, mesti dapat punya.. tapi harini dapat 3 sekali olls.. pelik kan macamana boleh ada 3? sebenarnya masa kat meja pendaftaran, aku daftar nama aku n nama hubby.. so, aku dapat 2 laa nombor.. aku tak tahu pulak hubby dapat jugak nombor lagi satu.. so, ada 3 laa nombor untuk cabutan bertuah kitorang.. dan tak sangka ketiga-tiga nombor tu boleh naik pulak harini.. rezeki rezeki..
adios!
↧
+ menantu cedera? +
aloha,
semalam dapat tahu my menantu cedera.. oh, nooo!!! tangan dia terkena air panas.. tak tahu macamana boleh kena.. haihh.. nak pegi jenguk, jauh pulakss.. hope everythings gonna be fine..
ni gambar tangan dia yang cedera tu.. aku copy dalam fb my besan.. hehe..
comel okeh my menantu.. lalalala..
-
-
this week kena pegi KL jugak nih.. confirm!!
adios!
↧
↧
+ FIL at hospital +
aloha,
baru balik dari Puteri Specialist.. tengok FIL masuk ward.. dia kena batuk berdarah.. so, tadi malam pegi jenguk dia kat sana..
my FIL..
si kecik Wawa pun ada tadi.. siap pakai baju kurung.. budak tu tak sah kalau nampak hp yang touch screen.. nanti dia akan mintak, "nak touch.. nak touch.." hehe.. comel jek budak nih.. gerammm..
-
-
-
hopefully my FIL cepat sembuh.. Aminn..
adios!
↧
+ 2nd day FIL +
aloha,
malam tadi pegi jenguk FIL lagi kat hospital.. Alhamdulillah, dia dah beransur pulih.. doktor cakap dia dah boleh keluar ward dah esok..
my FIL..
hubby and Hilal..
serius nampaknya perbincangan.. haha..
hubby, Danny n Hilal..
tetiba doktor masuk nak checkup..
sempat snapp curi2 time doktor periksa FIL..
inilah dia Misiku Kuza.. sangat awesome!! nama dia Ika.. sebenarnya Ika ni anak sedara kitorang.. nasib baik dia kerja kat situ.. dapat laa dia jaga my FIL..
datang melawat orang sakit tapi dia pulak yang makan.. haihh..
tengok tu.. lepas satu, satu dia ambik makan.. sabo je laa..
my FIL dah nak berehat sambil tengok berita..
last posse dari tuan empunya blog.. tetiba kan si Danny menyibuk kat belakang.. haihh..
-
-
lepas pegi hospital, terus pegi makan jap kat Majidee.. then pegi jalan-jalan jap kat Pandan Uptown.. sesak woo malam ni orang sibuk dok beli jersi JDT.. pusing-pusing jap then terus balik..
adios!
↧
+ JDT yaww +
aloha,
hari Sabtu baru2 ni, kitorang pegi KL.. bertolak pagi2 subuh yaw.. ngantukkss.. tapi bukan aku laa yang drive.. of coz laa my lovely buncit hubby tu yang drive kan.. aku naik je kereta terus tido.. sampai sungai besi baru bangun.. kikiki.. hubby dengan semangatnya pegi KL coz nak tengok bola.. excited sungguh dia.. ;-p
tiket bola yang banyakk..
-
-
sampai je KL terus ke IB.. dah janji dengan besan nak breakfast kat situ.. lagipun nak tunggu cikgu Danny dating collect tiket bola.. lepas breakfast, pegi Damansara jap jumpa kawan..
sweet couple ni pakai baju sama, kasut sama, jam sama, seluar kaler sama.. ko ade? heh..
ni tengah lunch kat Wangsa Walk..
GeorgeTowan White Coffee..
lepas lunch, naik atas pegi Yamaha.. coz nak jumpe Leeya..
Qilah, Leeya n Danny..
-
-
-
lepas pegi WWM, kitorang terus pegi check in hotel..
budak berdua ni kalo dah jumpe, harus laa melekat kan.. hehe..
dah pakai cermin mata pulak dah.. Qilah comel pakai cermin mata tu.. awww..
disebabkan birthday Danny aritu, semua buzy so Danny baru dapat hadiah dari Qilah..
Danny baca kad birthday yang Qilah kasi..
mug tu awesome!!! ada gambar diorg berdua.. nice!!
-
-
-
lepas check in, hubby n abg Rahim pegi stadium.. pukul 3.30petang dah pegi.. punya laa semangat JDT.. dua-dua orang Johor pulak tu.. elok sangat laa.. aku orang Pahang, kak As orang KL.. so, kitorang tak campur laa bola2 nih.. hahaha..
Qilah ada trainning pukul 6ptg, so kitorang lepak dulu laa kat bilik hotel.. nak keluar malas lagipun cuaca panas.. lepak2, baring2, gosip2.. then pukul 5.30ptg baru keluar..
malam Qilah ada show kat Kg Baru.. then sementara tunggu hubby2 kami balik dari stadium, kitorang lepak kat Laman Santai Istana Budaya jap then pegi makan kat Sany.. lepas hubby sampai, makan jap then terus balik hotel.. takleh lepak lama2 coz esok ada program sampai petang.. nak bawak Danny n Qilah pegi Kidzania..
adios!
↧